Mengisahkan mengenai Nur, pelacur yang mahu keluar dari kehiduapn kotornya. Pertemuan dengan Ustaz Adam memberi sinar buat Nur. Namun, dalam mencari redha ilahi dan cinta sejati manusia, Nur bergelut dengan penerimaan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga Adam yang sangat dihormati.
Nur dan Adam yang meneruskan kehidupan mereka di rumah peninggalan arwah Cik Mona. Selain mengajar kanak-kanak mengaji di rumah mereka. Adam masih meneruskan aktiviti memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Pendekatan Adam yang berdakwah secara halus dengan mendekati komuniti di lorong pelacuran tanpa menghakimi sesiapa itu membuatkan dirinya disenangi ramai. Dalam diam Adam diperhatikan oleh Juita, pelacur popular dan juga rakan Nur di lorong itu. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia mahu Adam menjadi miliknya dan perlahan-lahan mencari peluang untuk mendampingi Ada